Slider

Pengenalan Syarikat

JFM Corporation Sdn Bhd

Pengenalan

Pengenalan

JFM Corporation Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 4 Mac 2009 dengan niat dan keazaman menyahut seruan kerajaan bagi mengharungi era globalisasi.

JFM Corporation Sdn Bhd beralamat di No. 15-2(A), Jalan Resam 13, Taman Bukit Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Asas JFM Corporation Sdn Bhd ditubuhkan adalah berdasarkan kerja kejuruteraan awam, binaan dan seni taman, penyelenggaraan fasiliti bangunan, pembekalan bahan binaan, pembersihan kawasan, dan juga pada sistem penyaliran dan saliran.

JFM Corporation Sdn Bhd juga telah merangka beberapa dasar bagi memastikan segala aktiviti perniagaan yang telah dijalankan dapat diterima dengan baik.
Antaranya ialah :

  • Pengawalan perkhidmatan yang baik.
  • Pengutamaan kepada kualiti kerja yang dilakukan bagi memuaskan pihak pelanggan.
  • Menitik beratkan kehendak pelanggan.
  • Menyediakan keperluan tenaga kerja yang mahir.

Untuk menuju kecemerlangan dan misi syarikat, kakitangan berkelayakan, bermotivasi tinggi, dan memberi perkhidmatan professional kepada pihak pelanggan amatlah diutamakan.

Latar Belakang

Latar Belakang

JFM Corporation Sdn Bhd dimiliki dan ditadbir sepenuhnya oleh bumiputera yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat ini juga telah mendapat pengiktirafan dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Kementerian Kewangan Malaysia (KKM).

Pada 4hb Mac 2009, syarikat ini adalah sebuah syarikat berhad menurut syer dan syarikat ini dimiliki 100% oleh Puan Aishahidzura Binti Abdullah Mansor. Selain itu, Syarikat JFM Corporation Sdn Bhd juga mempunyai anak syarikat lain iaitu Darul Kasih Enterprise, Tuahrich Enterprise, Syahan Enterprise, Cekal Kifli Enterprise, Selatan Bina dan Qul Trading & Transportation Resources yang bersama-sama menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan.

Bagi memantapkan lagi produktiviti syarikat, beberapa orang pekerja yang mempunyai kemahiran berbeza dalam bidang masing-masing telah dilantik untuk memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan pihak syarikat

Visi

  • Menjadikan JFM CORPORATION sebagai peneraju utama dalam sektor pembinaan dan penyelenggaraan fasiliti bangunan sekaligus mencipta nama di peringkat global.
  • Dipercayai dalam industri dalam menyampaikan komitmen dengan kecemerlangan dan bernilai.
  • Merealisasikan dan menjadi peneraju utama serta yang terbaik dalam memenuhi permintaan yang tinggi di pelbagai sektor bagi menyokong

Misi

  • Mendukung kedudukan sebagai sebuah perniagaan yang menerajui dan mengawal pasaran, kompetitif, bermotivasi dan berintegrasi.
  • Menyediakan dan mengekalkan standard yang tinggi dan prestasi unggul di semua projek yang dijalankan.
  • Menyediakan bahan dan produk pembinaan yang memenuhi kualiti dan spesifikasi dalam industri pembinaan.
  • Menjalankankerjasama yang saling mengutungkan dan melaksanakan kerja menepati masa tempoh masa.
Pengenalan

Hubungi Kami

Sebarang Pertanyaan sila hubungi kami. Kami di JFM Corporation Sdn Bhd sedia menjawab pertanyaan anda.

Hubungi Kami
Contact Us